SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 23 PEMAIN MALAYAN TIGRESS KE PERLAWANAN PERSAHABATAN TIER 1 DI DUBAI & KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA 2026 DI TAJIKISTAN
Berikut adalah senarai akhir 23 pemain Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli yang telah dipilih untuk mengharungi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang UAE di Dubai pada 18 dan 22 Jun ini dan seterusnya Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 bermula 29 Jun 2025 hingga 5 Julai 2025 di Dushanbe, Tajikistan.
Berdasarkan senarai di atas, Joel telah mengekalkan 21 daripada 23 pemain skuad Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations di Thimphu, Bhutan pada 31 Mei dan 3 Jun lalu dan memilih dua pemain baharu bagi kempen kejohanan kali ini.
Pemain baharu yang terpilih adalah penjaga gol skuad Malayan Tigress B-19, Daliea Eliesa serta penyerang, Henrietta Justine.
Skuad bola sepak wanita kebangsaan akan terlebih dahulu mengharungi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang UAE pada 18 dan 22 Jun 2025 di Dubai sebelum terbang ke Tajikistan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia Wanita 2026.
Skuad Malayan Tigress yang diundi dalam Kumpulan H akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 dengan perlawanan pertama menentang Palestin pada Ahad, 29 Jun 2025; tuan rumah, Tajikistan pada Khamis, 3 Julai 2025 dan Korea Utara pada Sabtu, 5 Julai 2025 di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan.
Lapan juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama Australia, China PR, Korea Selatan dan Jepun di Australia pada 1 hingga 26 Mac 2026.
*Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 16 Jun 2025
