SIARAN MEDIA: SENARAI 44 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA B-15 MENJELANG KEJOHANAN EMERGING SOCCEROOS 2025 DI MELBOURNE, AUSTRALIA
Skuad Harimau Malaya B-15 akan menjalani latihan pusat bermula 21 Jun 2025 hingga 3 Julai 2025 di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang sebelum senarai akhir 18 pemain yang terpilih akan berlepas ke Melbourne, Australia pada Jumaat, 4 Julai 2025.
Kejohanan Emerging Socceroos 2025 ini akan berlangsung Home of Matildas, Bundoora, Melbourne, Victoria.
Senarai pasukan serta jadual penuh perlawanan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
*Siaran media ini dikeluarkan pada Jumaat, 20 Jun 2025
Date
Image
News Category
Featured
Yes