Добавить новость
smi24.net
World News in Malay
Декабрь
2025
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
26
27
28
29
30
31

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF KHAS KEEMPAT FAM BAGI PENGGAL 2025-2029

0
SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF KHAS KEEMPAT FAM BAGI PENGGAL 2025-2029 nabiha

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah mengadakan mesyuarat khas kali keempat bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi.

Ia bagi membincangkan hasil laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dipengerusikan oleh Tun Md Raus Sharif yang telah mengenal pasti dua isu utama, iaitu pemberian kewarganegaraan Malaysia dan pemalsuan/ penipuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya.

Sehubungan itu, IIC telah mengesyorkan FAM untuk:

1. Membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

2. Melakukan penambahbaikan dalam tadbir urus pendaftaran pemain warisan.

3. Memastikan isu pemalsuan dokumen tidak berulang serta menjaga reputasi dan integriti bola sepak Malaysia.

Justeru, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat hari ini telah membuat beberapa keputusan seperti berikut:

1. FAM akan membuat laporan polis sepertimana yang disyorkan oleh ICC.

2. FAM akan melakukan penambahbaikan dalam tadbir urus pendaftaran pemain warisan dan akan memastikan isu kecuaian dan pemalsuan dokumen tidak berulang.

3. Penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman masih diteruskan dan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama juga, FIFA akan menjalankan siasatan mereka sendiri terhadap Datuk Noor Azman.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 22 Disember 2025

Date
Image
News Category














Музыкальные новости






















СМИ24.net — правдивые новости, непрерывно 24/7 на русском языке с ежеминутным обновлением *